BAB 5 :KESEDARAN BUNUH DIRI TERHADAP PEKERJA WANITA

 


 




 
       


Kes 3 



















    Tanda-tanda bunuh diri secara pasif termasuk mengasingkan diri daripada bersosial. Sebagai contoh seseorang yang mengasingkan diri daripada bersosial akan sentiasa merasa terputusnya hubungan dengan orang lain atau tidak mempunyai sokongan mental sehingga menyebabkan berfikiran negatif dan mempunyai keinginan membunuh diri. Selain itu, seseorang yang tidak mempunyai semangat untuk melakukan aktiviti. Sebagai contoh, jika seseorang tersebut berhenti daripada membuat aktiviti harian yang biasa dibuat boleh menjadi tanda perubahan emosi yang serius. Seterusnya, perubahan pola tidur dan makan disebabkan oleh gangguan tidur seperti insomnia atau tidur secara berlebihan dan perubahan dalam pola makan seperti kehilangan nafsu makan atau makan secara berlebihan boleh terlibat dalam masalah kesihatan mental


Seterusnya, adalah mengabaikan kesihatan fizikal seperti seseorang tersebut merancang untuk membunuh diri akan tidak mengambil peduli dan mengabaikan kesihatan fizikal mereka sendiri sehingga tidak mendapatkan rawatan. Tambahan pula, sentiasa merasa tiada harapan seperti putus asa yang mendalam sehingga menjadi gejala utama kepada orang yang ingin membunuh diri. Individu tersebut tidak mempunyai harapan terhadap situasi yang sukar dihadapi seperti tiada  jalan penyelesaian dan memilih untuk mati. Akhir sekali, adalah penggunaan alkohol atau mengambil ubat-ubatan secara berlebihan boleh menjadi tanda bahawa seseorang tersebut dalam masalah kesihatan mental.


Tanda-tanda bunuh diri secara aktif pula adalah memberikan barang-barang yang berharga kepada ahli keluarga atau kawan kawan yang terdekat sebagai tanda perpisahan. Selain itu, menulis surat perpisahan atau pesanan terakhir seperti meninggalkan pesan terakhir melalui media sosial ataupun diatas kertas. Seterusnya, niat untuk membunuh diri secara langsung dengan menyatakan keinginannya untuk membunuh diri kepada orang lain

         Seterusnya, mempersiapkan untuk melakukan bunuh diri seperti mengumpulkan ubat-ubatan, senjata api, atau benda-benda lain yang dapat digunakan untuk menyakiti diri sendiri.        Akhir sekali, mencari informasi tentang cara-cara membunuh diri. Sebagai contoh, orang yang merancang untuk membunuh diri biasanya akan mencari informasi tentang cara-cara yang berbeza untuk membunuh diri, sama ada melalui internet atau bertanya kepada orang lain.



          Pencegahan bunuh diri dapat dicegah dengan mengadakan kempen kesedaran untuk para wanita yang bekerja. Kempen khusus untuk pekerja pekerja wanita tentang kesedaran berkaitan pencegahan bunuh diri telah menjadi sebagai tema kempen pada peringkat global dengan hasrat meningkatkan kesedaran pekerja wanita untuk menghalang kejadian yang tidak diingini berlaku. Kempen tentang kesedaran kesihatan mental merupakan langkah penting dalam pencegahan bunuh diri. Dengan adanya kempen kesedaran ini dapat mengubah perspektif dan fikiran seseorang agar tidak mempunyai gejala bunuh diri. Tujuannya adalah untuk meningkatkan pemahaman pekerja wanita tentang kesihatan mental dan mengurangi daripada berlakunya bunuh diri.

        Seterusnya, pencegahan yang dapat membantu daripada gejala bunuh diri adalah bantuan profesional. Bantuan profesional seperti psikologi atau psikiateri penting karana mereka memiliki pengetahuan dan pengalaman yang dapat membantu dalam menangani masalah kesihatan mental. Profesional kesihatan mental juga dapat memberikan sokongan moral dan emosional bagi individu yang mengatasi gejala bunuh diri. Psikiateri atau psikologi dapat membantu individu untuk mengidentifikasi asbab dan mengembangkan strategi untuk mengatasi perasaan negatif tersebut. 





Di samping itu, pentingnya peranan di tempat kerja kerana ia dapat menekankan bahawa perusahaan dan organisasi memiliki peranan besar dalam menciptakan lingkungan kerja yang mendukung kesihatan mental. Kebijakan yang inklusif, sokongan psikologis, dan sumber daya untuk mengelola stres dapat membantu mengurangkan risiko tekanan mental di tempat kerja.

    Sokongan dari kenalan juga penting, Contohnya, keluarga, kawan, dan rakan kerja sangat penting. Mendorong terbukanya saluran komunikasi dan menghilangkan stigma berkaitan masalah kesejahteraan mental dapat menciptakan lingkungan yang lebih baik dan mempunyai sokongn.

      Akhir sekali, mencari hobi atau minat yang dapat menjadi cara efektif dalam pencegahan bunuh diri. Pentingnya individu melibatkan diri dalam aktiviti yang disukai kerana dapat membantu mengalihkan perhatian daripada fikiran negatif. Kegiatan seperti seni lukis, muzik, menulis, atau berkebun dapat menjadi saranan untuk mengekspresikan diri dengan lebih baik secara emosional. Selain itu, kegiatan fisik seperti berjalan-jalan, berlari, atau yoga juga dapat membantu mengurangi stress dan memberikan impak emosi yang positif. Hal ini juga membantu meningkatkan kualiti hidup dan memberikan motivasi untuk tetap maju dalam proses pemulihan.





           Antara talian bantuan yang disediakan di Malaysia termasuklah, Befrienders Malaysia. Befrienders adalah organisasi yang menyediakan sokongan emosional dan krisis melalui talian telefon. Anda boleh menghubungi mereka melalui talian bebas tol 24/7 di 03-79568145 atau kunjungi laman web mereka di Befrienders Malaysia.Talian Kecemasan Befrienders juga menawarkan talian kecemasan bagi mereka yang memerlukan pertolongan segera. Anda boleh menghubungi talian kecemasan di 03-7956 8144. Selain itu, Pusat kesehatan mental di daerah setempat mungkin menyediakan sokongan dan perkhidmatan bagi individu yang menghadapi masalah kesehatan mental. Pekerja boleh mencari maklumat ini melalui Kementerian Kesihatan Malaysia atau pusat kesihatan komuniti setempat. Akhir sekali, majikan juga seharusnya memahami kepentingan kesejahteraan mental pekerja dan menyediakan sumber daya serta sokongan yang diperlukan. Program kesejahteraan pekerja dan pendidikan mengenai kesihatan mental di tempat kerja dapat membantu mengurangkan stigma dan memberikan sokongan kepada individu yang memerlukan bantuan.

 KESIMPULAN

        Kesimpulannya, kesihatan mental amat penting untuk diri kita sendiri, lebihan lagi untuk pekerja, pelajar atau sesiapa sahaja yang mempunyai tanggungjawab untuk dipikul tambah lagi dengan masalah keluarga, kawan, pasangan, terumatanya masalah kewangan. Sekiranya terlalu memikirkan bahawa masalah makin bertambah dan tiada sesiapa yang boleh dengar luahan atau membantu anda, ingatlah bahawa anda tidak keseorangan, masih banyak jalan penyelesaian selain menamatkan riwayat hidup dan ingatlah bahawa anda mempunyai keluarga, kawan, dan lain lain yang boleh membantu anda. 









 


LINK VIDEO : https://youtu.be/yZkMHOUBI5U





 

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال