BAB 3: INSOMNIA DI KALANGAN PEKERJA WANITA.

Insomnia di Kalangan Pekerja Wanita.



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, di dalam blog ini kumpulan kami akan kongsikan tentang "Insomnia di Kalangan Pekerja Wanita".

Definisi Insomnia 


Insomnia merupakan salah satu penyakit mental di mana individu mengalami gangguan tidur ataupun kesukaran untuk tidur ataupun tidak boleh tidur. Insomnia boleh berlaku di semua peringkat umur dan jantina. Sehingga di mana, penyakit insomnia boleh menganggu aktiviti harian seseorang individu dan juga mengakibatkan kesan negatif dari segi kesihatan fizikal.







Jenis-jenis insomnia 


Insomnia terbahagi kepada dua jenis, iaitu, Insomnia primer dan Insomnia sekunder. Insomnia primer boleh dikategorikan sebagai penyakit insomnia yang dihidapi pesakit tidak berkait dengan penyakit kesihatan lain. Sementara insomnia sekunder, dikategorikan sebagai penyakit insomnia yang berkait dengan penyakit kesihatan lain seperti, asma, depressi, kanser dan penyalahgunaan bahan terlarang.


 Insomnia Primer

Dikategorikan sebagai penyakit insomnia yang dihidapi pesakit tidak berkait dengan penyakit kesihatan lain.

 Insomnia Sekunder

Insomnia sekunder juga terdapat dua jenis iaitu,

  • Insomnia Jangka Masa Pendek 

Insomnia jangka masa pendek, berlaku dalam beberapa hari hingga ke-tiga minggu disebabkan oleh peristiwa yang berlaku seperti kematian ahli keluarga terdekat, kehilangan pekerjaan dan peristiwa yang mengejutkan.

  • Insomnia Jangka Masa Panjang. 

Insomnia jangka masa panjang boleh berlaku lebih dari sebulan hingga ke beberapa tahun. Ia juga berlaku boleh berlaku disebabkan peristiwa yang mencetuskan penyakit insomnia ini.

 

 Terdapat juga beberapa lagi jenis insomnia termasuklah: 

  • Insomnia Permulaan Tidur 

Penghidap mengalami kesukaran untuk tidur atau terlena dan mengalami masalah kualiti tidur.

 

  •  Insomnia Pemeliharaan Tidur 

Insomnia pertengahan malam, kesukaran untuk terus tidur atau terjaga di tengah malam dan sukar untuk tidur Kembali. 

 

  • Insomnia Campuran 

Melibatkan pelbagai gejala dan menyebabkan pesakit menghadapi kesukaran yang sama dan mengalami kombinasi masalah tidur seperti sukar untuk tidur, terjaga semasa tidur dan kualiti tidur yang tidak memuaskan. 

 

  • Insomnia Paradoks 

Pesakit menganggap diri meraka telah terjaga meskipun sedang tidur.


Faktor Insomnia 

  • masalah kesihatan mental 
  • masalah kewangan 
  • perubahan zon waktu 
  • tekanan di tempat kerja 


Simptom Insomnia 

  •  sukar untuk tidur
  • gaya hidup yang tidak sihat 
  •  mengantuk sepanjang hari 
  • tidak merasa segar setelah bangun daripada tidur  


Kesan-kesan insomnia

Kesan yang pertama

Penurunan prestasi kerja iaitu kekurangan tidur yang boleh menyebabkan penurunan kecekapan, ketepatan, dan kreativiti di tempat kerja.

 Kesan yang kedua 

Kesihatan mental iaitu insomnia berkait rapat dengan masalah kesihatan mental seperti kebimbangan dan kemurungan. 

Kesan yang ketiga 

Memberi masalah dalam hubungan sosial. Contohnya, kekurangan tidur boleh menyebabkan ketidakselesaan sosial dan perubahan dalam hubungan interpersonal.


Pekerja wanita yang mengalami insomnia mungkin mengalami peningkatan tahap stres dan tekanan, yang boleh mempengaruhi kesejahteraan emosi mereka. Tambahan pula, mereka yang mengalami insomnia mungkin lebih cenderung menjadi kurang sabar atau sensitif terhadap rakan sekerja atau keluarga.



Cara pencegahan insomnia 


Langkah pertama, 
Menjaga rutin tidur yang konsisten. Kita perlu usahakan untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, termasuk di hujung minggu, ini membantu mengekalkan kitaran tidur yang sihat. 

Langkah kedua 
Kurangkan atau berhenti menggunakan telefon pintar sebelum tidur. Biasakan diri untuk tidak melihat pada skrin telefon pintar sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu tidur.

 Langkah ketiga
Makan dengan bijak. Iaitu dengan menghindari makan makanan berat atau berlemak sebelum tidur. Pilih makanan yang membantu menggalakkan tidur, seperti buah-buahan, bijirin, atau susu. 

Langkah keempat 
Mencari bantuan jika perlu. Jika insomnia menjadi masalah yang serius, kita perlu berjumpa dengan doktor kerana mereka boleh memberikan nasihat dan rawatan yang sesuai, termasuk terapi atau ubat-ubatan jika diperlukan.


Dengan mengamalkan langkah-langkah ini, pekerja wanita di Malaysia boleh membantu mengurangkan risiko insomnia dan meningkatkan kualiti tidur mereka. 


Sentiasa menerapkan gaya hidup sihat dan melakukan pemeriksaan ke klinik kesihatan terdekat apabila gejala insomnia atau insomnia tidak sembuh, agar boleh mendapatkan rawatan dengan segera. Seperti yang anda lihat kita tidak boleh hidup dengan insomnia kerana ia akan menjejaskan rutin harian kita terutamanya kepada para wanita. Mereka perlu melakukan banyak kerja jadi ia tidak bagus untuk mereka jika mempunyai penyakit insomnia. Oleh itu, sentiasa menerapkan gaya hidup sihat dan melakukan pemeriksaan ke klinik kesihatan terdekat apabila gejala insomnia atau insomnia tidak sembuh, agar boleh mendapatkan rawatan dengan segera.




 

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال