What We Save, Saves Us

 

 


WHAT WE SAVE,

 SAVES US

 

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun maju. Namun, kesedaran tentang pengurusan bahan buangan dalam kalangan masyarakat masihlah rendah. Penghasilan sampah harian dalam kalangan rakyat di negara ini mencatat peningkatan


kepada 39,936 tan pada tahun 2022, berbanding 33,150 tan pada tahun 2012, kira-kira 14 juta tan sampah setahun. Ianya merupakan satu permasalahan yang serius kerana impak peningkatan jumlah sampah ini sememangnya dapat mendatangkan bahaya kepada nyawa kita serta flora dan fauna. Sayangnya, kesedaran masyarakat terhadap implikasi peningkatan bahan buangan masihlah rendah dan jauh ketinggalan. Pembuangan sampah yang tidak teratur ini juga boleh mendatangkan kemudharatan seperti wabak penyakit berbahaya dan pelbagai jenis pencemaran seperti pencemaran air, udara, dan sebagainya.

 

Persoalannya, adakah Malaysia akan menuju kepada status negara diselaputi dengan sampah, jika pengguna tidak sedar sisa buangan akan menjejaskan kualiti kehidupan jika tidak diurus dengan baik. Hal ini amatlah membimbangkan jika tidak dibendung, lama-kelamaan bumi kita akan dipenuhi dengan sampah yang boleh mencemarkan serta merosakkan bumi kita.

 

Begitulah, pada suatu hari di kampung kecil iaitu Kampung Sentosa, hidup seorang budak perempuan bernama Kausy. Kausy sangat meminati alam sekitar dan sentiasa memerhatikan keindahan alam semulajadi yang mengelilingi rumahnya. Namun, satu masalah besar mula menjejaskan keindahan kampung tersebut - masalah pencemaran oleh sampah plastik.

  

Kausy merasa sedih melihat sungai tempat dia selalu bermain kini penuh dengan sampah plastik. Dia tahu bahawa dia perlu berbuat sesuatu untuk menyelamatkan bumi dan kampung kecilnya dari pencemaran ini. Oleh itu, Kausy memutuskan untuk memulakan usaha untuk mengurangkan jumlah sampah plastik dan mempromosikan amalan kitar semula. Pertama sekali, Kausy mendekati penduduk kampung dan memberi kesedaran tentang masalah pencemaran plastik. Dia berkongsi fakta-fakta mengenai impak negatif plastik terhadap alam sekitar, air bersih, dan hidupan marin. Rakan-rakan sebaya Kausy juga teruja untuk membantu menyelamatkan bumi.

 

Bersama-sama, mereka memulakan program kitar semula di kampung mereka. Kausy mengumpul bekas plastik yang berserakan dan membawa mereka ke pusat kitar semula setempat dan sebahagiannya ke rumah. Mereka memulakan kempen bagi menggalakkan orang ramai untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan memilih produk yang boleh dikitar semula. Kausy dan rakan-rakan juga memulakan projek kreatif untuk menggunakan semula plastik yang dikumpul dan bawakan ke rumah. Mereka mengubah bekas plastik menjadi barang-barang hiasan, tempat penyimpanan, dan alat permainan untuk kanak-kanak. Dengan cara ini, mereka tidak hanya mengurangkan sampah plastik, tetapi juga mencipta barang yang berguna. Sebagai contoh, mereka menghasilkan pasu bunga, tadahan air untuk burung yang boleh digantungkan dan banyak lagi.

 

Usaha mereka mula menular, dan kampung menjadi lebih bersih. Mereka juga menyedari bahawa kitar semula plastik bukan sahaja menyelamatkan alam sekitar, tetapi juga memberikan peluang untuk mencipta pelbagai produk yang boleh dijual atau digunakan dalam kehidupan harian.

 

Akhirnya, kampung Kausy berubah menjadi kampung yang mesra alam, dengan penduduknya sedar akan kepentingan kitar semula plastik. Kausy dan rakan-rakannya berjaya menyelamatkan bumi mereka daripada pencemaran dan memberikan contoh kepada kampung-kampung lain tentang betapa pentingnya usaha bersama untuk menyelamatkan alam sekitar.



JALAN CERITA RAKAMAN VIDEO



Langkah 1 : Sediakan barang-barang yang diperlukan.
-Jarum dan benang
-Seluar jeans terpakai
-Botol plastik terpakai
 



Langkah 2 : Guntingkan seluar jeans terpakai secara berjalur dan botol plastik terpakai.




Langkah 3 : Jaluran seluar jeans didandan dan diikat pada kedua-dua botol plastik.





 

Langkah 4 : Air diisi ke dalam dua-dua botol dan ‘money plant’ diletak dalam botol plastik yang dipotong besar.



Langkah 5 : Akhir sekali, hasilan projek digantungkan di halaman rumah untuk mendapat udara dan matahari yang mencukupi serta membolehkan burung dan haiwan-haiwan kecil minum air. 

 



Link Youtube Video Projek:

https://youtu.be/2KxMj27okO4?si=5EUFPVBssqLfhoLD



WHAT WE SAVE, SAVES US <3

SEKIAN, TERIMA KASIH.



Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال