MENYUSUN PROGRAM KEMANUSIAAN: DARI IDEA KE REALITI

  

Dari Idea Ke Realiti


   MENYUSUN PROGRAM KEMANUSIAAN: 

  DARI IDEA KE REALITI


     Walaupun, kegiatan diri sendiri adalah cukup demi menolong orang lain, tiada manusia di dunia ini yang mampu membuat kesemuanya dalam satu masa. 

Demi mengelakkan diri daripada berasa empati dalam misi kita; kita harus melihat kepada arah dimana kita menyuruh kepada orang untuk bangkit dan menolong mencapai misi kita. 

Namun begitu, hanya bercakap kosong tidak semestinya membuat orang ingin menolong kita. Malah itu mungkin membuat mereka lebih jauhkan diri daripada menolong orang lain. Kaedah untuk membuka hati orang pada visi kita ialah dengan komunikasi efektif. 

Komunikasi efektif adalah dimana seseorang memilih apa yang mereka bercakap demi menyentuh hati seseorang daripada aspek ethos(perangai seseorang), pathos(emosi mereka) ataupun logos(logik). Dengan mengunakan salah satu daripada aspek-aspek ini, ramai akan lebih mudah menyumbang dalam visi kita. Marilah kita melihat, beberapa contoh mengapa komunikasi yang efektif amat penting untuk membuat orang mudah menolong kita dalam misi kita.

     Sudah tidak dapat  disangka lagi, komunikasi adalah sangat penting kepada setiap individu. Oleh itu mari kita  lihat beberapa kepentingan berkomunikasi secara efektif kepada masyarakat awam.  Antara kepentingan-kepentingan cara berkomunikasi yang efektif  adalah dengan adanya  komunikasi yang efektif pemahaman di antara orang-orang sekeliling menjadi lebih baik. Seterusnya, ia juga dapat mewujudkan dan mengeratkan hubungan sillaturahim. Di samping itu, berkomunikasi dengan efektif juga dapat menyumbangkan kepada keberkesanan organisasi.

Salah satu contoh seseorang yang berkemampuan untuk berkomunikasi dengan efektif dengan menggunakan bahasa yang menyentuh hati ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri pertama di Malaysia yang juga digelarkan sebagai "Bapa Kemerdekaan" atau "Bapa Malaysia".

Komunikasi yang efektif dan bahasa yang menyentuh hati

     Selain itu, kesan menggunakan komunikasi yang efektif dan bahasa yang menyentuh hati oleh Tunku Abdul Rahman ialah beliau telah berjaya untuk bergerak menuju kemerdekaan Malaysia melalui rundingan dan pidatonya. Tunku Abdul Rahman memberi ucapan tentang aspirasi penduduk yang pelbagai kaum, budaya dan bangsa bagi memupuk semangat perpaduan dan memperoleh sokongan yang meluas untuk kemerdekaan tanah melayu. Kehebatan komunikasi Tunku Abdul Rahman telah banyak menyumbang kepada identiti nasional yang padu dan hal ini juga penting bagi kemerdekaan Malaysia  pada tarikh 31 Ogos 1957.

     Dengan menggunakan bahasa yang menyentuh hati, kita dapat membuat komunikasi kita lebih efektif dan bermakna. Komunikasi yang efektif dapat membantu kita untuk membangun hubungan yang lebih baik, mencapai tujuan kita, dan membuat dunia menjadi tempat yang lebih baik.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال